Majlis Sumbangan dan Kurniaan 2015 - PDT Kerian
Top Header Kerian Content ms
Menu Kerian 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Majlis Sumbangan dan Kurniaan 2015
MAJLIS SUMBANGAN DAN KURNIAAN 2015
Bagan Serai, 12 Julai 2015 - Seramai 350 orang penerima telah menerima sumbangan daripada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah yang berkenan berangkat ke Majlis Sumbangan dan Kurniaan Kepada Anak-Anak Yatim (200 orang), Ibu Tunggal (100 orang), Warga Emas (50 orang) dan Orang Kurang Upaya (50 orang) 2015 yang diadakan di Dewan Komuniti Bagan Serai.
Majlis ini merupakan acara tahunan oleh Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah yang akan diadakan di lokasi terpilih yang telah ditetapkan.