Top Header Kampung Gajah Content ms

p

Tel: 05 631 3133
Faks: 05 631 1863

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPONG GAJAH

Menu Kampong Gajah Content ms

piagam pelanggan kampong gajah content ms

PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPONG GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN


Pejabat Daerah dan Tanah berjanji akan:

Pengurusan Tanah

  • Memastikan setiap pemohon tanah individu melalui proses kerja dalam kawalan Pentadbiran Tanah bagi tempoh tidak melebihi 90 hari bekerja.
  • Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan / kelulusan dalam tempoh 3 hari.
  • Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga yang didapati lengkap, sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh 8 jam waktu bekerja.
  • Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik- pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap.
  • Memastikan pemantauan secara berkala melalui rondaan dan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN dan 426 KTN ke atas aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram tanah kerajaan.
  • Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat dibawah Kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
 

Pembangunan Luar Bandar

  • Memastikan permohonan projek diproses dalam tiga ( 3 ) bulan dari tarikh ia diterima daripada pemohon.
  • Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh dua (2) bulan selepas waran peruntukan / arahan pelaksanaan kerja diterima.
  • Melaksanakan pembayaran kepada kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam (6) hari selepas tuntutan lengkap diterima.
  • Memastikan permohonan e-Kasih diproses dalam tempoh satu ( 1 ) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengemaskini senarai e-Kasih pada setiap bulan.
 

Khidmat Pengurusan

  • Memberikan maklumbalas dalam masa empat belas ( 14 ) hari bekerja ke atas aduan yang diterima.
  • Menyediakan dokumen pembayaran elaun Pengerusi JKKK mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen minuman keras dalam tempoh enam ( 6 ) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
 


floating menu kampon gajah content v1 ms

 

Footer ms