Lelongan Awam - 23 September 2020 - PDT Kampar
Top Header Kampar Content ms
Menu Kampar 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Lelongan Awam - 23 September 2020
LELONGAN AWAM- 23 SEPTEMBER 2020
KANUN TANAH NEGARA
PERISYTIHARAN JUALAN
PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN
DALAM PERKARA SEKSYEN 263 KANUN TANAH NEGARA 1965
Menurut Perintah Jualan atas permintaan Pemegang Gadaian oleh Pentadbir Tanah Kampar dengan ini diisytiharkan bahawa Pentadbir Tanah Kampar akan menjual hartanah yang tersebut mengikut susunan keutamaan di bawah secara:
LELONGAN AWAM
PADA HARI RABU BERTARIKH 23 SEPTEMBER 2020 JAM 10.00 PAGI
DI ARENA SQUARE, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR.
NOTA : Bakal-bakal pembida adalah dinasihatkan agar membuat carian rasmi di Pejabat Daerah & Tanah Kampar dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong dijalankan. Untuk butiran lanjut sila klik pada No. Hakmilik seperti dibawah :
BIL |
NO HAKMILIK |
MUKIM / DAERAH |
KATEGORI / SYARAT NYATA |
KELUASAN |
LOKASI HARTANAH |
HARGA RIZAB (RM) |
DEPOSIT 10% (RM) |
1 |
KAMPAR |
BANGUNAN / KEDIAMAN |
488 MP |
RPT TUALANG SEKAH LOT 406146 |
39,600.00 |
3,960.00 |
|
2 |
KAMPAR |
BANGUNAN / KEDIAMAN |
600 MP |
RPT TUALANG SEKAH LOT 406138 |
48,600.00 |
4,860.00 |
|
3 |
KAMPAR |
BANGUNAN / KEDIAMAN |
855 MP |
RPT TUALANG SEKAH LOT 406140 |
69,300.00 |
6,930.00 |
|
4 |
KAMPAR |
BANGUNAN / KEDIAMAN |
418 MP |
RPT TUALANG SEKAH LOT 406314 |
34,200.00 |
3,420.00 |
|
5 |
KAMPAR |
BANGUNAN / KEDIAMAN |
491 MP |
RPT TUALANG SEKAH LOT 406152 |
44,100.00 |
4,410.0 |
HARGA RIZAB : RUJUK JADUAL SUSUNAN LELONGAN AWAM
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Penawar memiliki jumlah wang dalam bentuk bank draf di atas nama MALAYAN BANKING BERHAD yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) daripada jumlah harga rizab yang ditetapkan seperti di jadual di atas;
- Amaun penuh harga jualan boleh dibayar oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh Pentadbir Tanah;
- Di mana amaun penuh harga jualan yang tidak dibayar oleh penawar yang berjaya selepas tukul dijatuhkan oleh Pentadbir Tanah :-
i. maka jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (1) akan dilucuthak untuk membayar seluruh wang yang telah genap masa; dan
ii. baki deposit akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
- Baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan dan bahawa tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan;
- Di mana harga belian sepenuhnya tidak dapat diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan di dalam perenggan (4), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (3) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah Seksyen 267 Kanun Tanah Negara 1965.
- Penawar yang ingin mengambil bahagian di dalam lelongan ini hendaklah terlebih dahulu mendaftar dan menyerahkan bank draf sebagai bayaran deposit tiga puluh (30) minit sebelum masa lelongan. Mana-mana penawar yang gagal mendaftar dan menyerahkan bank draf tidak layak mengambil bahagian di dalam lelongan ini.
Pentadbir Tanah
Daerah Kampar
Bertarikh pada 15 Jun 2020
Sebarang pertanyaan dan butir-butir selanjutnya bolehlah menghubungi :
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR
31900 KAMPAR
PERAK DARUL RIDZUAN