Kenyataan Tawaran Sebut Harga Kontraktor G1 & G2 - PDT Kampar
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KONTRAKTOR G1 & G2
![]() |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 31900 KAMPAR PERAK DARUL RIDZUAN |
TEL : 05- 4651963
FAX : 05 – 4664307
Ruj.Kami: Bil( )dlm.PEMB. KPR (N) 17/4/2020 PDT
Tarikh : 12 Jun 2020
KENYATAAN SEBUTHARGA
SEBUTHARGA UNTUK KONTRAKTOR BUMIPUTERA
Adalah dimaklumkan tiada lawatan tapak semasa tempoh PKPP
(Gambar-gambar berkaitan projek boleh dirujuk di website pdtkampar.perak.gov.my)
Sebutharga ini dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera berdaftar dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar yang layak dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut :-
BIL |
BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA |
KELAYAKAN |
TARIKH DAN WAKTU DOKUMEN DIJUAL |
TEMPAT DOKUMEN DIJUAL |
TARIKH DAN WAKTU TAWARAN DITUTUP |
1. |
No. Sebutharga: |
GRED G1 |
Tarikh Dijual: |
Unit Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar |
Tarikh Tutup: |
2. |
No. Sebutharga : |
||||
3. |
No. Sebutharga: |
||||
4. |
No. Sebutharga: |
||||
5. |
No. Sebutharga: |
||||
6. |
No. Sebutharga: |
||||
7. |
No. Sebutharga: |
||||
8. |
No. Sebutharga: |
||||
9. |
No. Sebutharga: |
||||
10 |
No. Sebutharga: |
||||
11. |
No. Sebutharga: |
GRED G2 |
1. Kontraktor yang berminat hendaklah kemukakan SIJIL ASAL PENDAFTARAN CIDB iaitu Perakuan Pendaftran dan SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) serta SIJIL PKK iaitu Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera semasa membuat pembelian borang Sebut Harga di KAUNTER BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 untuk setiap dokumen. Bayaran ini tidak dikembalikan sekiranya tidak berjaya.
2. Semua kontraktor hendaklah memastikan bahawa sijil asal pendaftaran CIDB iaitu Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil PKK iaitu Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera masih berkuatkuasa mulai dari tarikh pembelian borang hingga proses pembayaran diselesaikan oleh Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar Jika tempoh telah tamat pihak kontraktor tidak layak untuk menyertai sebutharga ini.
3. Kontraktor dikehendaki melampirkan salinan RESIT BAYARAN pada setiap BORANG SEBUTHARGA yang berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam PETI SEBUTHARGA.
4. Semua borang sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUTHARGA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR, 31900 KAMPAR, PERAK.
5. Kontraktor-kontraktor yang mempunyai kelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR sahaja yang LAYAK untuk dipertimbangkan SEBUTHARGA.
6. Pentadbiran ini tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga yang disyorkan.
7. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
8. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
9. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
10. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada bayaran berkaitan perolehan ini walaupun kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
(MEGAT MOHD ZAMRI BIN MEGAT MOHD)
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)
b.p Pegawai Daerah
Kampar
s.k - Pegawai Daerah Kampar
- Penghulu Mukim, Kampar
- Penghulu Mukim, Teja