Top Header Kampar Content ms

p

Tel: 05 465 1963
Faks: 05 466 4307

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR

Menu Kampar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

10,000 Unit Rumah Mampu Milik Dibina Di Perak

10,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK DIBINA DI PERAK


 

IPOH - Sebanyak 10,000 unit rumah mampu milik di bawah projek Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan dibina secara berperingkat di Perak menjelang 2018, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry, yang juga Pengerusi PKNP, berkata pelaksanaan projek berkenaan tidak hanya memberi tumpuan kepada satu kawasan berdasarkan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya akan turut dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata matlamat PKNP adalah untuk mempertingkat dan memperbaiki taraf kehidupan rakyat, suatu contoh rakyat didahulukan dan bukan hanya mengira keuntungan semata-mata. "Ini merupakan satu daripada usaha kita untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan diagihkan kepada setiap daerah di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan dua projek fasa pertama rumah mampu milik di bawah program 'Rumahku Aman Jaya Bandar Meru Raya' di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PKNP Datuk Aminuddin Md Desa. Kedua-dua rumah mampu milik itu ialah D’Aman Residensi dan Casa Kayangan bakal dibina di Meru Raya di sini, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan keseluruhan perumahan mampu milik di negeri ini.

Sejumlah 1,704 unit rumah mampu milik dibina bagi fasa pertama yang mana rumah bagi D’Aman Residensi dijual pada harga bermula RM145,000 hingga RM166,000 manakala Casa Kayangan pula dijual pada harga bermula RM250,000 hingga RM299,000. - Bernama

 

 

 

 



floating menu kampar content v1 ms

 

Footer ms