Top Header Ipoh Content ms

p

Tel: 05 527 5875 / 5811
Faks: 05 527 5706

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, IPOH

Menu Ipoh Content ms

Breadcrumb

Perutusan pengarah ipoh content

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH


HAJI MEOR HEZBULLAH BIN MEOR ABD MALIK
PEGAWAI DAERAH KINTA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Selamat Datang ke laman web rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama di dalam Laman Web ini dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan tahniah kepada AJK Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam mewujudkan laman web ini.

Semoga usaha murni ini akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh khasnya serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak secara amnya. Kepada pengunjung semua adalah menjadi harapan saya segala maklumat yang ada dapat memberi manfaat dan panduan yang berguna dalam usaha mencari potensi yang terdapat di daerah ini.

Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan serta aduan bagi bersama-sama membangunkan daerah ini ke arah memenuhi aspirasi negara dan impian rakyat keseluruhannya.

 

Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Kecil Ipoh.

Sekian,

"SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH"

 

HAJI MEOR HEZBULLAH BIN MEOR ABD MALIK
PEGAWAI DAERAH KINTA



splask about us content

splask about us content

Floating Menu Ipoh content v1 ms

 

Footer ms