e-Tanah Soalan Lazim
SOALAN LAZIM
Soalan-soalan Lazim Mengenai e-Tanah
Soalan:
Bagaimana cara untuk saya memohon ID Pengguna Portal Awam e-Tanah?
Jawapan:
Sebelum memohon, pengguna hendaklah mengenalpasti Jenis Akaun ID Pengguna dipohon seperti dibawah;
-
Untuk Firma Guaman yang telah berdaftar dengan PTG Perak (telah mempunyai Kod Firma):
Permohonan untuk ID Online adalah melalui pengisian Borang yang boleh dimuat turun daripada Laman Rasmi PTG Perak (Makluman Notis -> Permohonan ID Pengguna Portal Awam e-Tanah bagi Firma Guaman).
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah di emel etanahsupport@perak.etanah.my atau boleh diserahkan secara terus di Kaunter PTG Perak. -
Untuk Firma Guaman yang baru hendak mendaftar (tidak mempunyai Kod Firma):
Permohonan ID Online boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PTG Perak. Jenis akaun yang perlu dipilih adalah Firma Guaman. -
Untuk Individu:
Permohonan ID Online boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PTG Perak. Jenis akaun yang perlu dipilih adalah Individu. -
Untuk Juruukur Berlesen (JUB), Syarikat dan Pertubuhan / Koperasi:
Permohonan ID Online boleh dilakukan di Portal Awam e-Tanah di laman rasmi PTG Perak. Jenis akaun yang perlu dipilih adalah Juruukur Berlesen (JUB), Syarikat atau Pertubuhan / Koperasi.
Soalan:
Saya sudah mendaftar di portal e-Tanah, berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan Id Pengguna dan Kata Laluan?
Jawapan:
Id Pengguna dan Kata Laluan akan diperolehi seawal sehari waktu bekerja (24 jam) atau selewatnya dua hari waktu bekerja. Id Pengguna dan Kata Laluan ini akan diemel kepada emel pengguna yang didaftarkan dalam permohonan.
Soalan:
Saya daripada Firma Guaman yang telah berdaftar sebelum ini dan telah mencuba untuk mendaftar melalui Online namun pendaftaran saya telah ditolak. Mengapa?
Jawapan:
Ini adalah kerana firma guaman telah didaftarkan sebelum ini di PTG Perak. Permohonan secaran online akan ditolak dan pengguna akan dimaklumkan melalui emel. Pengguna hanya boleh memohon dengan mengisi borang keperluan id pengguna firma guaman, isikan borang dan emel kepada etanahsupport@perak.etanah.my atau datang sendiri ke PTG Perak untuk serahan borang yang telah lengkap diisi.
Soalan:
Apakah urusan yang boleh dilakukan dalam permohonan secara online?
Jawapan:
Pengguna Online boleh menikmati kemudahan seperti berikut;
-
e-Carian - Permohonan Carian Persendirian Hakmilik Tanah dan Strata secara atas talian
-
e-Semakan - Semakan status permohonan secara atas talian
-
e-Bayaran - Semakan cukai tanah dan pembayaran secara atas talian
-
e-Consent - Permohonan Consent secara atas talian
-
Permohonan Strata dan Lelong secara atas talian
Untuk Firma Guaman berdaftar, urusan Permohonan Tukarganti turut boleh dilakukan secara online.
Soalan:
Saya telah melakukan eCarian untuk Hakmilik Strata namun terdapat ralat memaparkan 'Hakmilik tiada dalam sistem'.
Jawapan:
Terdapat kemungkinan berikut;
-
Maklumat yang dimasukkan tidak tepat seperti Mukim, Jenis Hakmilik, Nombor Hakmilik, Bangunan, Tingkat dan Petak
-
Maklumat Bangunan yang dimasukkan tidak perlu beserta '-'
Contoh; M1-B - salah
M1B - betul -
Selepas langkah (a) & (b) dibuat dan masih lagi ralat yang sama dipaparkan, sila telefon Talian Hotline e-Tanah atau datang ke PTG Perak untuk semakan lanjut.
Soalan:
Apakah cara bayaran yang diterima untuk urusan online?
Jawapan:
Perkhidmatan bayaran secara online boleh dilakukan melalui kaedah Debit Terus (FPX) atau melalui kad kredit VISA / Master Card (untuk Carian Persendirian dan Pembayaran Cukai Tanah sahaja).
Untuk urusan lain (Consent, Strata dan Lelong), firma hanya boleh membayar melalui kaunter di PTG Perak.
Soalan:
Sekiranya terdapat permasalahan untuk saya meneruskan urusan secara online, bolehkah saya datang ke kaunter PTG untuk membuat urusan secara manual?
Jawapan:
Urusan permohonan (Consent, Strata dan Lelong) hanya boleh dilakukan secara online sahaja. Hanya urusan Carian Persendirian boleh dilakukan secara online atau datang terus ke kaunter.
Soalan:
Selain Carian Persendirian, bolehkan saya lakukan Carian Rasmi secara online?
Jawapan:
Ya, permohonan atas talian bagi Carian Rasmi dan Salinan Sah Hakmilik boleh dilakukan secara online. Tuan/Puan diminta mendaftar sebagai akaun pengguna di Portal Awam e-Tanah Perak. Pilihan modul pendaftaran, masukkan butiran hakmilik.
Tuan/Puan juga boleh melakukan bayaran secara atas talian dan mencetak salinan carian rasmi dan salinan sah hakmilik di Portal awam e-Tanah Perak.
Soalan:
Apakah Nombor Talian Hotline untuk e-Tanah untuk sebarang pertanyaan?
Jawapan:
Talian Hotline : 05-525 3761
Masa Sokongan Hotline : Isnin - Jumaat (8:30 am - 4:30 pm)
Soalan:
Adakah manual pengguna secara online disediakan dalam portal e-Tanah?
Jawapan:
Ya. Pengguna awam boleh merujuk kepada Manual Pengguna Awam e-Tanah dengan klik masuk ke Portal Awam eTanah. Kemudian, di laman log masuk Portal Awam e-Tanah pengguna boleh klik pada 'PANDUAN PERKHIDMATAN' untuk manual pengguna online.
Manual penggunaan dalam bentuk video juga boleh dirujuk dengan klik kepada 'Manual Pengguna Portal Awam e-Tanah' di laman log masuk Portal Awam e-Tanah.