Top Header Gerik Content ms

p

Tel: 05 791 1963 Faks: 05 792 1049

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU PERAK

Menu Gerik 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke 56 Peringkat Daerah Hulu Perak

MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 56 PERINGKAT DAERAH HULU PERAK


 

Majlis sambutan kemerdekaan ke- 56 peringkat Hulu Perak tahun 2013 telah diadakan pada 7 September (Sabtu) bertempat Lapangan Terbang Gerik. Diantara program utama yang telah diadakan ialah perbarisan kawad lintas hormat yang disertai sebanyak 33 kontijen daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, NGo swasta dan pelajar sekolah.

Majlis sambutan telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Hasbullah Bin Osman, Ahli Parlimen Gerik. Majlis telah diserikan dengan bacaan ikrar, persembahan nyanyian kemerdekaan oleh kanak-kanak KEMAS, persembahan puisi merdeka, persembahan t- baton dan sketsa daripada IPD Gerik serta persembahan tempur tanpa senjata dan pentomen daripada pasukan Regimen Sempadan 4 Gerik.

Kontijen KEMAS Gerik, LAP Gerik dan Puteri Islam dari Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II Gerik telah menjadi johan pertandingan kawad perbarisan bagi kategori badan kerajaan, badan berkanun dan sekolah. Manakala Majlis Daerah Gerik telah mengungguli hadiah bagi pertandingan sepanduk terbaik.

 



Footer ms