Top Header Batu Gajah Content ms

p

Tel: 05 366 1963
Faks: 05 366 5770

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, BATU GAJAH

Menu Batu Gajah 3rd Level Content ms

Breadcrumb

splask about us content

perutusan pengarah batu gajah content

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH


   

 

HAJI MEOR HEZBULLAH BIN MEOR ABD MALIK
PEGAWAI DAERAH KINTA

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta Batu Gajah.

Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui laman web ini, ianya diharap akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta Batu Gajah.


Laman web ini dikemaskini dari segi penampilan, kandungan dan paparan maklumat serta kemudahan urusan yang disediakan. Maklumat yang dipaparkan seperti garis panduan permohonan, borang-borang yang digunakan dan kadar bayaran atau fi yang dikenakan dapat membantu pelanggan menyediakan persiapan sebelum berurusan di jabatan ini. Sementara kemudahan urusan yang disediakan seperti semakan cukai tanah serta ruangan bagi mengemukakan pertanyaan, aduan serta maklum balas diharap akan memudahkan interaksi dan meningkatkan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman web ini, jabatan ini dapat menyumbang ke arah k-society. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman ini dari masa ke semasa.
 

Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Sekian,

"SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH"

 

TUAN MEOR HEZBULLAH BIN MEOR ABD MALIK
Pegawai Daerah Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

 

 



splask about us content

floating menu batu gajah content v1 ms

 

Footer ms