Arkib Polisi - PDT Batu Gajah
Top Header Batu Gajah Content ms
![]() |
Tel: 05 366 1963 Faks: 05 366 5770 |
![]() |
pdtkinta[at]perak[dot]gov[dot]my |
HOME
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, BATU GAJAH
Menu Batu Gajah 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Arkib Polisi Content
ARKIB POLISI
Piagam Pelanggan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta berjanji akan:
"Mengemukakan keputusan permohonan dan cadangan-cadangan projek dalam masa 3 bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap."
- Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.
- Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan terutama jawatan kuasa Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan lengkap, tepat, dan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Merancang dan mengemukakan permohonan peruntukan/cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya.
- Melaksana, mengawasi dan menyiapkan projek-projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
- Menyediakan baucar bayaran peruntukan (perkhidmatan pembekal/kontrak) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
- Mengadakan mesyuarat jawatan kuasa khas menimbang dan menyetujui terima sebut harga daerah setiap bulan atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima surat perakuan.
- Memberi jawapan dalam masa 14 hari keatas setiap aduan yang dikemukakan orang ramai.
Pejabat Tanah
- Mendaftar dengan segera semua permohonan tanah.
- Mendaftarkan hakmilik sementara bagi rancangan tanah berkelompok dan perkampungan tersusun dalam tempoh satu hari jika urusan tersebut dibuat secara operasi "One Stop Center".
- Mendaftarkan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 24jam bagi setiap perserahan.
- Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh 2 hari bekerja bagi setiap satu sijil.
- Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1 januari setiap tahun.
- Menyelesaikan permohonan permit bahan batu dalam tempoh 7 hari setelah menerima laporan jabatan teknikal.
- Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.
- Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik/gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Perak dalam tempoh 14 hari.
- Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari bekerja dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
floating menu batu gajah content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN