Top Header Bagan Datuk Content ms

p

Tel: 05 646 6405
Faks: 05 646 6407

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BAGAN DATUK

Menu Bagan Datuk Content ms

Sejarah Daerah ms

SEJARAH DAERAH


 

 

Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880an dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru oleh Tok Kelah.

Ia kemudian ditukar kepada Bagan Datoh yang merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak digelar sebagai bagan serta asal nama Tok Kelah atas kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu memanggil 'Tok" kepada 'Toh'. Menurut sejarah, nama Bagan Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah merupakan gabungan antara lokasi dan struktur kawasan penduduk Melayu di situ sendiri. Selain itu, masyarakat di Bagan Datuk ini meliputi beberapa pecahan etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar yang terdapat di Bagan Datuk mempunyai cara hidup adat serta bahasa dialek mereka tersendiri. Kawasan Daerah Bagan Datuk merupakan kawasan yang dikenali sebagai tempat penanaman kelapa dan koko telah memberikan hasil yang tinggi bagi pendapatan ekonomi setempat.

 

floating menu bagan datuk content ms

 

Footer ms