Top Header Bagan Datuk Content ms

p

Tel: 05 646 6405
Faks: 05 646 6407

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BAGAN DATUK

Menu Bagan Datuk Content ms

piagam pelanggan bagan datuk content ms

PIAGAM PELANGGAN


Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Memberi jawapan dalam masa 14 hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.

  • Menyediakan dan memproses baucar bayaran kepada pembekal/kontraktor dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh tuntutan yang telah lengkap diterima.

  • Menyelesaikan permohonan semua lesen hiburan awam, pusat hiburan keluarga dan eksais di dalam tempoh 4 minggu.

  • Menyediakan dokumen perkhidmatan dan pengesahan perjawatan di mana semua dokumen yang lengkap akan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Perak di dalam tempoh 7 hari bekerja setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Bahagian Pembangunan Luar Bandar

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) secara berkala setiap bulan.

  • Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan oleh PLB dengan lengkap, tepat dan diedarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

  • Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Daerah (FGD) setiap bulan.

  • Menyelaras projek-projek pembangunan daerah pada setiap tahun.

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas menimbang dan menyetujui terima sebutharga daerah setiap bulan (mengikut keperluan) atau bagi kes-kes segera dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.

  • Menyediakan perincian kerja dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas lawatan tapak.

  • Mengesahkan projek siap dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tuntutan lengkap diterima.

  • Menyediakan baucar bayaran peruntukan (perkhidmatan pembekal / kontraktor) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.

  • Memberi jawapan dalam masa empat belas (14) hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.

 

Bahagian Pengurusan Tanah (Unit Hasil Dan Pendaftaran)

  • Memastikan bil – bil cukai tanah dihantar kepada pemilik tanah sebelum 1 Januari setiap tahun.

  • Mendaftarkan hakmilik sementara tanah.

  • Mendaftarkan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 24 jam bagi setiap satu perserahan

  • Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi setiap satu sijil.

  • Memproses permohonan Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik / gadaian dalam tempoh empat belas (14) hari.

 

Bahagian Pengurusan Tanah (Unit Pelupusan Dan Pembangunan Tanah)

  • Memproses permohonan pemberimilikan tanah kerajaan dalam tempoh 12 bulan.

  • Memproses permohonan lanjut tempoh pajakan dalam tempoh 9 bulan.

  • Memproses permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dalam tempoh 9 bulan.

  • Memproses permohonan permit bahan batuan dalam tempoh 1 bulan.

  • Memproses permohonan perizaban tanah kerajaan dalam tempoh 12 bulan.

  • Memproses permohonan skim perumahan/industri di atas tanah kerajaan dalam tempoh 12 bulan.

 

Bahagian Penguatkuasaan Dan Teknikal

  • Menjalankan sisatan tanah bersama pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah menerima fail pelanggan.

  • Menyediakan permohonan ukur bagi tujuan pengeluaran milik kekal dalam tempoh tujuh (7) hari.

  • Mengambil tindakan asas aduan-aduan orang ramai berkaitan pencerobohan tanah kerajaan dan pemindahan bahan batu tanpa izin dengan serta merta.

  • Menyelesaikan pertikaian sempadan tanah dengan segera.

  • Memberi khidmat nasihat berhubung perundangan tanah dengan segera.

  • Membantu pelanggan mendapatkan keterangan hakmilik dengan serta-merta.

  • Membantu pelanggan bagi urusan pembelian tanah dengan serta merta.

 


splask client charter content

floating menu bagan datuk content ms

 

Footer ms