Top Header Bagan Datuk Content ms

p

Tel: 05 646 6405
Faks: 05 646 6407

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH BAGAN DATUK

Menu Bagan Datuk Content ms

Info Ringkas ms

INFO RINGKAS


 

Info Ringkas Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk

 

Pada 16 Jun 2016 setelah Bagan Datuk diwartakan secara rasminya sebagai daerah ke-12 selepas Daerah Muallim di Perak dan serentak dengan pengisytiharan tersebut, maka bermulalah pelaksanaan projek-projek memajukan Bagan Datuk menerusi peruntukan RM1.3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi membangunkan 11 projek berimpak tinggi, antara projeknya termasuklah pembinaan Pejabat Daerah dan Tanah seluas 1,618.7 hektar di atas tapak cadangan Bagan Datuk Water City. Serentak dengan pengisytiharan itu juga, maka bermulalah secara rasminya tugas YBhg. Dato’ Hamzah Hussin sebagai Pegawai Daerah Bagan Datuk yang pertama.

Pada 9 Januari 2017, Bagan Datuk diisytiharkan sebagai daerah baharu oleh DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang bertempat di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA). Dengan keluasan 94,969.892 hektar, daerah baharu ini akan merangkumi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran iaitu Rungkup, Hutan Melintang, sebahagian DUN Kampung Gajah dan sebahagian DUN Changkat Jong.

 

 

 

Footer ms