TANJUNG MALIM PERINTIS BANDAR BELIA 1 MALAYSIA: 31 JANUARI 2016
![]() |
Tel : 05 209 5000 Faks : 05 243 4451 |
![]() |
webmasterptg[at]perak.gov.my |
TANJUNG MALIM PERINTIS BANDAR BELIA 1 MALAYSIA: 31 JANUARI 2016
YB Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan melepaskan peserta berbasikal 1MYC.
TANJUNG MALIM, 31 JANUARI 2016 - Empat bandar akan ditukar menjadi Bandar Belia 1Malaysia (1MYC) dengan Tanjung Malim dan Putrajaya menjadi perintis disusuli oleh Tuaran,Sabah dan Lundu,Sarawak. YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan berkata, 1MYC adalah berkonsepkan bandar mesra belia bertujuan menarik golongan muda mendiami kawasan tersebut. Menurut beliau lagi, pelbagai kemudahan akan disediakan untuk mereka seperti liputan perkhidmatan 4G, pusat seni selain akan turut membina Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan perkhidmatan rumah transit bagi membolehkan pasangan muda berpendapatan rendah menyewa rumah sementara. Kita juga menjemput pihak swasta seperti syarikat berkaitan kerajaan berkolaborasi dengan kita membangunkan bandar belia ini bagi mewujudkan pusat tarikan untuk orang muda kata YB Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan. Selain itu YB Datuk Rahman Bin Dahlan berkata 18 projek bakal dilaksanakan di Tanjung Malim seperti pusat seni, pengindahan Sungai Bernam, pusat pembangunan keusahawanan, kawasan rekreasi townpark dan townsquare, kompleks sukan mini, arena square, gelanggang go kart, serta pusat pengetahuan dan kemahiran yang ditawarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). YB Datuk Rahman Bin Dahlan semasa sidang media berharap orang ramai tidak keliru dengan konsep projek Bandar Belia (1MYC) yang dibangunkan kerajaan kerana ia usaha transformasi menggunakan konsep mesra belia terhadap lokasi sedia ada, bukannya pembinaan kawasan perbandaran baru. Turut hadir ketika lawatan YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke sekitar Tanjung Malim ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan. Projek Bandar Belia antara inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang turut disokong Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
|
|
|
PERKHIDMATAN