Top Header Seri Iskandar Content ms

p

Tel: 05 371 2095
Faks: 05 371 2080

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PERAK TENGAH

Menu Seri Iskandar Content ms

Breadcrumb

Sesi Lawatan YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al Bakri ke Daerah Perak Tengah

SESI LAWATAN YB SENATOR DATUK SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL BAKRI KE DAERAH PERAK TENGAH


 

Pada 5 Ogos 2020, Rabu, telah berlansung Sesi Lawatan YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Daerah Perak Tengah. Antara lokasi yang telah dilawati oleh beliau adalah Maahad Tahfiz Quran, Masjid Lama Lambor Kanan, SK Teluk Bakong Lambor Kanan Bota, Maahad Tahfiz Tuan Guru Sheikh Abdul Ghani dan Masjid Fadzullah, Teluk Kepayang Bota.

Antara yang hadir bersama ialah YBhg. Orang Besar Jajahan Daerah Perak Tengah (OBJ), Puan Pegawai Daerah Perak Tengah, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islam Malaysia, YB Adun Bota, YB Adun Blanja, Penghulu Mukim dan juga Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Perak tengah.

Antara aturcara yang berlansung sepanjang sesi lawatan tersebut adalah Majlis Serahan Bantuan Asnaf, penyampaian sumbangan dari Yayasan Wakaf Malaysia dan juga penyampaian sumbangan dari Yayasan Dakwah Islam Malaysia(YADIM). selain daripada itu Program "Cuci-Cuci Masjid" juga telah berlansung di Masjid Fadzullah, Teluk Kepayang Bota.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan tersebut.

       

  





       



floating menu seri iskandar content ms

 

Footer ms