Majlis Jasamu Dikenang Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah - PDT Seri Iskandar
![]() |
Tel: 05 371 2095 Faks: 05 371 2080 |
![]() |
pdtseriiskandar[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PERAK TENGAH
MAJLIS JASAMU DIKENANG TUAN PEGAWAI DAERAH PERAK TENGAH
Pada Khamis, 14 Ogos 2014 telah berlangsungnya Majlis Jasamu Dikenang Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Majlis ini turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah Tengah dan Kg Gajah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu mukim, serta warga kerja jabatan.
Majlis bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti ucapan alu-aluan dari Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah.
Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Haji Mohd Roslan Bin Mat Lodin kerana sudi menghadiri majlis yang dianjurkan. Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Perak Tengah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Tuan Pegawai Daerah yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan beliau. Majlis bersurai selepas sesi bergambar bersama Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN