Top Header Seri Iskandar Content ms

p

Tel: 05 371 2095
Faks: 05 371 2080

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PERAK TENGAH

Menu Seri Iskandar Content ms

Breadcrumb

Majlis Bacaan Yassin, "Knowledge Sharing" & Perhimpunan Bulanan PDT Perak Tengah Bil.2/2020

MAJLIS BACAAN YASSIN, "KNOWLEDGE SHARING" & PERHIMPUNAN BULANAN PDT PERAK TENGAH BIL.2/2


 

Pada 24 Julai 2020, bersamaan hari Jumaat, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, "Knowledge Sharing" dan Perhimpunan Bulanan Peringkat Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. Sesi dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin, diketuai oleh AF Ustaz Abdul Muhaimin bin Abdul Majid, Imam Besar Masjid Sultan Yussuf Izzudin Shah, Masjid Daerah Perak Tengah. Beliau turut meneruskan Sesi Kowledge Sharing sejurus selepas Majlis Bacaan Yassin.

Setelah itu, acara diteruskan pula dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Daearah dan Tanah Perak Tengah Bil.2/2020. Majlis telah dihadiri oleh Puan Rozalinawati binti Che Roslee, Pegawai Daerah Perak Tengah, Penolong-penolong Pegawai Daerah serta kakitangan - kakitangan PDT Seri Iskandar dan PDT Kg. Gajah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Perkhidmatan Awam.Majlis turut memperdengarkan Bacaan doa dan Ikrar Integriti Penjawat Awam. Seterusnya Puan Rozalinawati binti Che Roslee, Pegawai Daerah Perak Tengah, menyampaikan amanat didalam ucapan beliau kepada warga kerja PDT Seri Iskandar dan kg Gajah. Majlis bersurai kira-kira jam 10.30 pagi.

       

  

       



floating menu seri iskandar content ms

 

Footer ms