Top Header Seri Iskandar Content ms

p

Tel: 05 371 2095
Faks: 05 371 2080

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PERAK TENGAH

Menu Seri Iskandar Content ms

Breadcrumb

Lawatan Kerja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Ke Daerah Perak Tengah ms

LAWATAN KERJA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK KE DAERAH PERAK TENGAH


 

Pada 6 Julai 2020, bersamaan hari Isnin, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah telah menerima kunjungan lawatan kerja oleh YB Dato' Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.Kehadiran beliau telah disambut oleh Pegawai Daerah Perak Tengah, YBrs Puan Rozalinawati Binti Che Roslee di Perkarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah.

Terdapat beberapa lokasi yang telah dilawati antaranya lawatan Ke Masjid Daerah Perak Tengah, Masjid Sultan Yussuf Izuddin Shah, lawatan ke Projek Jalan Pintasan Bandar Sidec ke Bandar Universiti, Seri Iskandar, lawatan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota Kanan dan lawatan ke Perkampungan Budaya Pulau Misa Melayu, Bota Kiri.

Antara yang turut hadir ialah YB Encik Khairul Shahril Bin Mohamed. ADUN Bota, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip, Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Encik Abdul Majid Bin Abdul Rahim, Ketua-ketua Penolong Pegawai Daerah , Penolong-penolong Pegawai Daerah serta semua Penghulu Mukim Daerah Perak Tengah.

       

  









       



floating menu seri iskandar content ms

 

Footer ms