Top Header Selama Content ms

p

Tel:05 839 4963 Faks: 05 839 4044

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SELAMA

Menu Selama Content ms

Sejarah Daerah Selama ms


SEJARAH


 

Sejarah Daerah Selama

Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim Bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum itu Abdul Karim bekerja sebagai Budak Pejabat dibawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikan pangkat menjadi Kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di bahagian Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di Daerah Selama sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10km dari pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani. Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali sebagai Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (belakang Pejabat Majlis Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Setelah hasil bijih merosot, maka Encik Abdul Karim menyerah Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada Tahun 1888. Dibawah Inggeris Selama dibangunkan dan dimajukan seterusnya. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran masjid lama Selama.

Peta Daerah Selama

 

 

 

floating menu selama content ms

 

Footer ms