Piagam Pelanggan - PDT Selama
PIAGAM PELANGGAN
ANDA ADALAH PELANGGAN KAMI. KAMI AKAN BERUSAHA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG ADIL, MESRA DAN SEGERA KEPADA ANDA. KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :
1. BAHAGIAN PENTADBIRAN
- Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh laporan daripada jabatan-jabatan berkenaan diterima.
- Menyediakan baucer bayaran perkhidmatan dan bekalan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh bil diterima daripada pembekal/pemborong.
- Mengeluarkan notis taksiran pindahmilik dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan.
2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
- Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Setiap projek bagi perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelenggaraan dan kemudahan asas akan dilaksanakan dalam jangkamasa 6 (enam) minggu daripada tarikh peruntukan diterima dari Pejabat Pembangunan Negeri.
- Setiap permohonan projek yang lengkap akan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri dalam jangkamasa satu(1) minggu daripada tarikh permohonan diterima.
- Baucar-baucar pembayaran bagi sebutharga boleh disediakan dalam masa dua (2) minggu dari tarikh pengesahan kerja dibuat oleh Penghulu / Juruteknik.
3. BAHAGIAN PENTADBIRAN TANAH
- Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1 haribulan Januari setiap tahun.
- Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.
- Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dengan serta merta.
- Mengeluarkan Sijil Carian Persendirian dengan serta merta.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
PAUTAN PANTAS