Sejarah Daerah - PDT Pengkalan Hulu
Top Header Pengkalan Hulu Content ms
![]() |
Tel: 04 477 8224 / 04 477 0073 Faks: 04 477 8458 |
![]() |
pdtphulu[at]perak.gov.my |
HOME
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENGKALAN HULU
Menu Pengkalan Hulu 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Sejarah Daerah ms
SEJARAH DAERAH
Asal Usul "KROH"
Suatu ketika dahulu, terdapat sebatang anak sungai yang mengalir dari sebuah kampung yang dinamakan Selarong. Selarong bermaksud "denai gajah" dalam bahasa arab. Anak sungai ini menjadi lokasi pemandian gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau beratus-ratus ekor.
Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Maka terbentuklah sebuah tasik kecil yang airnya sentiasa keruh Justeru itu, bandar ini dinamakan KROH.
Pada 4 Januari 1984 semasa pemerintahan Sultan Idris Shah II, baginda telah berkenan menukarkan nama Kroh kepada Pengkalan Hulu, kerana tempat ini menjadi pusat persinggahan baginda ketika melawat Daerah Hulu Perak.Hasil peninggalan empangan yang dibina pada zaman dahulu itu menyumbang inspirasi pentadbiran daerah membangunkan sebuah kawasan taman tasik yang dinamakan Tasek Takong, Pengkalan Hulu.
Perkembangan Awal Kroh(Pengkalan Hulu)
Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah.
Setelah sekian lama mengusahakan perlombongan bijih timah, tercetus beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak. Beberapa perjanjian telah termeterai antara Kerajaan Reman dengan pihak Inggeris, Kerajaan Perak dan Siam
Pada tahun 1902 Kerajaan Siam telah menghapuskan pemerintahan sistem beraja di Negeri Reman. Setelah itu Kerajaan Siam telah menyerahkan Daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan Daerah Hulu Perak telah dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909 kesan daripada perjanjian Bangkok.
Peta Pengkalan Hulu
floating menu pengkalan hulu content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN