Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program - program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan besar.
Menyediakan minit -minit mesyuarat utama yang dilaksanakan oleh unit ini terutamanya Jawatan Kuasa Pembangunan Daerah dan Jawatankuasa PPRT dengan lengkap dan tepat serta ia akan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
Merancang dan mengemukakan permohonan peruntukan atau cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya kepada Ibu Pejabat atau Kementerian selewat -lewatnya pada 15 Disember setiap tahun.
Melaksana, mengawasi dan menyiapkan projek - projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
Menyediakan baucer pembayaran peruntukan (Perkhidmatan pembekal/ kontrak ) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Khas menimbang dan menyetuju terima sebutharga dari setiap bulan bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.
Memberi jawapan dalam tempoh 14 hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.
PIAGAM PELANGGAN PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN
Menerima dan memproses semua permohonan tanah /Pembangunan Tanah daripada pemohon individu dan agensi mengikut Kanun Tanah Negara Akta 56/1965.
Memberitahu pemohon jawapan ringkas terima / tolak permohonan untuk proses dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan.
Memastikan setiap aduan pelanggan diterima jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh kemesraan dan beretika tanpa mengira kaum dan keturunan.
Memastikan khidmat nasihat / butiran permohonan yang diberikan adalah tepat dan betul.
Menjamin setiap permohonan diproses dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
menyelesaikan permohonan tanah Lesen Menduduki Sementara jenis Urusniaga dalam tempoh 6 bulan.
PIAGAM PELANGGAN TEKNIKAL, PENGUATKUASAAN DAN PELAN
Menjalankan sisatan tanah bersama pelanggan dalam tempoh 14 hari setelah menerima fail pelanggan .
Menyediakan permohonan ukur bagi tujuan pengeluaran milik kekal dalam tempoh 7 hari.
Mengambil tindakan asas aduan -aduan orang ramai berkaitan pencerobohan tanah kerajaan dan pemindahan bahan batu tanpa izin dengan serta -merta.
Menyelesaikan pertikaian sempadan tanah dengan segera.
Memberi khidmat nasihat berhubung perundangan tanah serta merta kepada pelanggan.
Membantu jabatan / agensi swasta dalam urusan tanah dengan segera.
Membantu pelanggan mendapatkan keterangan hakmilik dengan serta merta.
Membantu pelanggan bagi urusan pembelian pelan tanah dengan serta merta.
PIAGAM PELANGGAN UNIT HASIL
Berusaha memberikan perkhidmatan yang Adil , Mesra dan Cepat.
Memberi maklum balas ke atas sebarang aduan dan pertanyaan di kaunter dalam tempoh 15 minit.
Sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan dikaunter boleh dirujuk kepada Pegawai atasan Pentadbir Tanah dan Pentadbir Tanah ii.
Mengeluarkan resit bayaran cukai tanah di kaunter dalam masa 2 minit bagi setiap hak milik.
Semakan pengiraan tunggakan cukai tanah dalam masa 15 minit bagi setiap hakmilik.
Mengeluarkan salinan pendua resit cukai tahunan yang dibelidalam masa 15 minit.
Memastikan bil bil cukai tanah tahun semasa di dicetak dan dihantar pada 15 Januari tahun semasa .
PIAGAM PELANGGAN PENDAFTARAN TANAH
Kami akan berusah memberikan perkhidmatan yang ADIL,MESRA dan SEGERA.
Memberikan jawapan atas sebarang pertanyaan di kaunter dalam tempoh 15 hari.
Menyerahkan borang -borang yang berkaitan dengan kadar yang segera.
Masalah yang tidak dapat diselesaikan di kaunter boleh dirujuk kepada Pegawai Atasan.
Mendaftar setiap surat cara urusniaga yang lengkap dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Memproses permohonan bagi mendapatkan Kebenaran Menteri Besar yang lengkap untuk dikemukakan kepada Pejabat Tanah Galian (PTG) dalam tempoh 14 hari bekerja.
Memberi maklumat bagi setiap satu hakmilik dalam masa tujuh (7 ) hari bekerja selepas permohonan diterima secara tersurat.
Mengeluarkan sijil Sijil Carian Rasmi dikaunter dalam masa 15 minit.
Setiap aduan akan dikeluarkan akuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan jawapan rasmi akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja sekiranya memerlukan rujukan kepada jabatan atau agensi teknikal yang lain.
Memproses permohonan dan kelulusan untuk mendapatkan Kebenaran Menteri Besar yang lengkap bumiputera kepada bumiputera dalam tempoh 14 hari.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari dan jawapnn rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.
Kaunter Bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual sekurang -kurangnya masa waktu pejabat. Masa kutipan akan dilanjutkan sekira keadaan memerlukan.
Permohonan penilaian duti setem akan diselesaikan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh permohonan.
Dokumen akan dimatikan setem serta -merta.
Menyediakan baucer bayaran pembelian dalam masa 5 hari bekerja.