KEJOHANAN SUKAN MESRA 2020 - PDT Muallim
KEJOHANAN SUKAN MESRA 2020
Kelab Stara MRSM Felda vs Kelab PETANDA Muallim
Pada 1 hingga 4 September 2020 telah berlangsung SUKAN MESRA, perlawanan persahabatan antara Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim dan Guru -guru & Kakitangan MRSM Felda, bertempat di MRSM Felda.
Sebanyak 15 kategori acara yang telah dipertandingkan iaitu Badminton Lelaki dan Wanita, Ping Pong Lelaki dan Wanita, Sepak Takraw, Bola Tampar Lelaki, Bola Jaring, Petanque, Karom Lelaki dan Wanita, Dart Lelaki dan Wanita, Batu Seremban, Congkak dan e-Sport.
Keputusan perlawanan persahabatan:
Kelab PETANDA Muallim - 10 Emas 7 Perak
Kelab STARA MRSM Felda - 5 Emas 8 Perak
Kejohanan SUKAN MESRA 2020 telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muallim, Tuan Shamsul Ridzuan Bin Idris pada hari penutup 4 September 2020.
Terima kasih kepada MRSM Felda yang telah menjemput PDT Muallim menjalin ukhwah silaturrahim dalam perlawanan persahabatan ini.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan SUKAN MESRA 2020.