Zambry Kesal Pembangkang Persenda Keselamatan - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Zambry kesal pembangkang persenda keselamatan
ZAMBRY KESAL PEMBANGKANG PERSENDA KESELAMATAN
LUMUT - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membidas sikap pembangkang yang mempersenda hal keselamatan susulan tindakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan simulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Ipoh hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman sosial Twitternya petang tadi.
Bekas menteri besar Perak itu memuat naik status berbunyi "Never in the history, PDRM been instructed to conduct special training prior to GE14, main roads in Ipoh closed, for what? desperation?
(“Tidak pernah dalam sejarah, PDRM telah diarahkan untuk mengadakan latihan khas sebelum PRU14, jalan-jalan utama di Ipoh ditutup, untuk apa? terdesak?.
Zambry, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, berkata tindakan pembangkang mengeluarkan kenyataan seumpama itu membuktikan parti tersebut mengambil mudah isu keselamatan negara.
"Hal-hal keselamatan kita orang politik janganlah memandai. Kita hormat pasukan keselamatan, mereka jalankan tanggungjawab mereka,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Kembali Semula ke Sekolah” di sini, hari ini.
Seramai 7,679 pegawai dan anggota polis daripada Kontinjen Perak terlibat dalam Latih Amal Ex-Undi Percubaan PRU14 selama dua hari bermula semalam di seluruh negeri itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya tersebut. - Bernama
Sinar Harian
15 Disember 2017
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN