Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Zambry kesal gegantung ucapannya dirosakkan

ZAMBRY KESAL GEGANTUNG UCAPANNYA DIROSAKKAN


 

  
YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir

SERI MANJUNG - Gegantung ucapan kemerdekaan dan selamat hari raya Aidiladha yang dinaikkan sejak Rabu lalu di sebuah kawasan perumahan berhampiran Stadium Mini Seri Manjung di sini telah diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara itu telah menimbulkan kekesalan kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut apabila beliau meluahkan perasaannya itu dalam Twitternya dengan memuatnaik gambar gegantung tersebut yang rosak akibat perbuatan daripada pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

"Poster saya dirosakkan di Seri Manjung. Ia tak ganggu sesiapa. Empat kali repair (baiki), pasang balik. Kita tak ajar politik samseng," katanya.

  
Gegantung yang rosak seperti kesan direntap. - Foto Twitter Zambry

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Lumut, Mohd Rafiq Mohd ketika dihubungi berkata dia telah menaikkan gegantung tersebut di tempat yang dibenarkan pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu pada pukul 6 petang, Rabu lalu. Menurutnya, pada keesokkan harinya gegantung tersebut ditemui terjatuh dari tempat ia mula digantung.

"Gegantung tu jatuh pada hari Khamis, jadi saya suruh beberapa anggota pemuda untuk mengantungkan semula gegantung tersebut dan pada mulanya kami hanya menganggap gegantung tersebut jatuh disebabkan tiupan angin.

"Namun, kejadian sama berulang keesokan harinya dan selepas digantung semula berulang-ulang kali, gegantung tersebut tetap jatuh, dan keadaannya juga seperti direntap, kami mula mengesyaki ini perbuatan khianat untuk menjatuhkan gegantung tersebut,"katanya yang juga Ketua pusat Daerah Mengundi Seri Manjung.

Sinar Harian
Siti Safa Mohd Nor
5 September 2017



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms