Sinar Harian : 24 Mei 2018 : SUKMA 2018: Perak Dapat Peruntukan Tambahan - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Sinar Harian : 24 Mei 2018 : SUKMA 2018: Perak Dapat Peruntukan Tambahan
SINAR HARIAN : 24 MEI 2018 : SUKMA 2018 : PERAK DAPAT PERUNTUKAN TAMBAHAN
IPOH – Persiapan Perak menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2018 pada September depan tetap diteruskan walaupun berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.
Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, ketika ini, kerajaan Persekutuan telahpun meluluskan sejumlah dana sebagai peruntukan tambahan bagi memastikan kelancaran temasya itu.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan peruntukan yang diperolehi.
“Kita belum terima (dana) tetapi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad luluskan sedikit peruntukan untuk itu, ianya satu jumlah yang mencukupi,” katanya.
Beliau berkata, menerusi Exco yang dilantik, perbincangan di setiap jabatan serta pemantauan di lokasi acara akan diteruskan secara menyeluruh bermula hari ini.
“Sejak hari pertama saya dilantik menteri besar, saya telahpun diberikan taklimat berkaitan penganjuran Sukma, kita nyatakan komitmen dan bersedia untuk menjadi tuan rumah,” katanya.
Perak menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukma ke-19 yang bakal berlangsung mulai 12 September hingga 22 September depan.
Temasya sukan yang diadakan secara dwi tahunan ini melibatkan 26 sukan dan 369 acara dipertandingkan di semua 12 daerah dalam negeri Perak.
Pada Januari lalu, seladang yang diberi nama ‘Chor’ dipilih sebagai maskot sementara Wow, Kita Hebat diperkenalkan sebagai slogan.
Pencapaian terbaik Perak setakat ini adalah pada Sukma edisi kesembilan 2002 di Sabah iaitu berada di tangga kedua di belakang Selangor dengan pungutan 49 emas.
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN