Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Sinar Harian : 23 Januari 2018 : Projek Tiga Hospital Di Perak Ikut Perancangan

SINAR HARIAN : 23 JANUARI 2018 : PROJEK TIGA HOSPITAL DI PERAK IKUT PERANCANGAN


       

LUMUT - Projek hospital di Perak Tengah, Parit Buntar dan Manjung sedang berjalan mengikut perancangan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata, dakwaan segelintir pihak bahawa projek berkenaan tergendala disebabkan masalah peruntukan adalah tidak benar sama sekali. Katanya projek di Perak Tengah dan Parit Buntar masing-masing melibatkan pembinaan hospital baharu, manakala Hospital Seri Manjung untuk penambahbaikan.

“Kerja-kerja tanah bagi Hospital Parit Buntar telah dimulakan sejak tahun lalu, manakala untuk Perak Tengah berjalan seperti biasa, sementara tender bagi naik taraf Hospital Seri Manjung yang dianggar menelan kos RM60 juta akan dikeluarkan Mac depan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Agama Rakyat An Najah di sini, hari ini.

Menurutnya pembinaan hospital di Parit Buntar mengambil masa kerana tapak itu merupakan tanah sawah dan perlu dirawat bagi memastikan strukturnya kukuh.

Terdahulu, dalam majlis berasingan di Kampung Pundut di sini, Zambry menyampaikan bantuan kepada 54 penduduk daripada Kampung Datuk Seri Kamaruddin dan Kampung Pundut yang terjejas banjir November tahun lalu.

Beliau berkata kerajaan sentiasa turun padang untuk melihat, mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat dan ia bukan hanya dilaksanakan secara bermusim khususnya ketika menjelang pilihan raya umum.

“Ada pihak yang hanya datang di masa-masa tertentu, khususnya menjelang pilihan raya, semata-mata untuk meraih sokongan.

"Itu bukan cara kita (kerajaan Barisan Nasional) kerana kita akan terus datang untuk melihat agar masalah yang dihadapi rakyat diselesaikan," katanya. - Bernama
 



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms