Sinar Harian : 2 Jun 2018 : Sultan Perak berkenan terima zakat RM14 juta - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Sinar Harian : 2 Jun 2018 : Sultan Perak berkenan terima zakat RM14 juta
SINAR HARIAN : 2 JUN 2018 : SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA ZAKAT RM14 JUTA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menganugerahkan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kepada Exco Perak Asmuni Awi pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media, NGO, Sektor Korporat, Swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Belia di Istana Iskandariah hari ini. Foto - Bernama.
KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini berkenan menerima zakat perniagaan daripada 12 badan korporat berjumlah lebih RM14 juta.
Syarikat berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji Perak RM3.967,179.16; Plus Malaysia Berhad (RM3.677,019); Suruhanjaya Syarikat Malaysia (RM3 juta); Perbadanana Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) RM1.280,495.20
Selain itu, Maybank Islamic Berhad berjumlah RM648,181.47; Bank Islam Malaysia Berhad (RM373,249.96); Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (RM300,000); RHB Islamic Bank Berhad (RM250,000).
Turut menyerahkan zakat perniagaan, Bank Mualamat Malaysia Bhd RM223,486.03; Etiqa Family Takaful Berhad (RM132,000); Aiman Asset Management Sdn Bhd (RM113,000) dan Affin Islamic Bank Berhad RM100,000.
Semua penyerahan zakat dilakukan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Media, NGO, sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan belia di Istana Iskandariah.
Baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta isteri, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf serta Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan watikah pelantikan anggota Maipk kepada Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi serta Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Prof Dr Khalid Ismail.
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN