Sinar Harian : 17 Mei 2018 : Jeritan Selamatkan Dua Beranak - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Sinar Harian : 17 Mei 2018 : Jeritan Selamatkan Dua Beranak
SINAR HARIAN : 17 MEI 2018 : JERITAN SELAMATKAN DUA BERANAK
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan tiga rumah di Bandar Baru Putra, semalam.
BERCHAM - Jeritan api daripada jiran berjaya menyelamat dua beranak dalam kebakaran melibatkan tiga rumah di Laluan Hulu Bercham 12, Bandar Baru Putra, semalam.
Ketika kejadian sekitar jam 6.30 petang itu, wanita berusia 47 tahun bersama anak perempuannya berusia 19 tahun sedang leka menonton rancangan televisyen tanpa menyedari bahagian tepi rumah telah terbakar.
Anak lelaki mangsa, L Kalai, 31, berkata, adiknya yang meluru keluar sebaik terdengar jeritan api segera menarik ibunya untuk lari menyelamatkan diri.
“Mak masih lagi terkejut, tapi kedua-duanya selamat, tak ada cedera, hanya bahagian bumbung dan tepi rumah saja yang rosak,” katanya.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sementara ayahnya keluar ke kedai berhampiran.
“Dua lagi rumah tu, memang tak ada keluarga duduk, kita pun tak pasti macam mana kebakaran berlaku,” katanya.
Jiran mangsa, Ranjit Kaur, 48, berkata, dia yang mendengar bunyi letupan segera keluar rumah dan ternampak api marak dari bahagian tengah sebuah rumah.
Katanya, panik dengan keadaan itu, dia segera menjerit api dan memanggil jiran untuk membantu memadam kebakaran.
“Kami ramai-ramai pasang paip air luar untuk halang kebakaran merebak, tapi apalah daya, api marak terlalu cepat. Sekejap sahaja rumah di kiri dan kanan tu terbakar,” katanya.
Ranjit berkata, sejak beberapa bulan lalu, rumah berkenaan menjadi tempat berteduh seorang lelaki yang mengalami masalah mental.
“Rumah tu tak ada api dan air pun, dia duduk situ tumpang tidur, dia tak kacau kami, jadi kami biarkan saja dia tinggal di situ,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Zon 1 Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, empat jentera bersama 18 anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela Bercham dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.38 petang.
“Setibanya di tempat kejadian, api mula marak membakar ketiga-tiga rumah terbabit. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah sebelum merebak ke kiri dan kanan rumah bersebelahan.
“Anggota menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan aliran air sehingga berjaya dikawal dan padam sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati api mudah marak berikutan terdapat longgokan sampah dalam rumah, namun punca sebenar masih dalam siasatan.
Katanya, rumah tengah mengalami kemusnahan 80 peratus manakala kedua-dua rumah bersebelahan musnah 10 peratus membabitkan struktur bumbung.
“Ketika kejadian, dua rumah didapati kosong manakala sebuah lagi diduduki empat sekeluarga, namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya yang tamat operasi kira-kira jam 8 malam.
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN