Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Piagam Pelanggan BKP

PIAGAM PELANGGAN JABATAN


BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

  • Mendaftarkan semua permohonan tanah (pelupusan dan pembangunan) yang lengkap melalui sistem e-Tanah dalam tempoh (1) hari bekerja.

  • Memproses semua permohonan tanah Kerajaan melalui sistem e-Tanah mengikut urusan dan tempoh yang ditetapkan.

  • Mendaftar dan memproses permohonan Permit Bahan Batu dalam tempoh empat belas (14) hari waktu bekerja setelah menerima laporan jabatan teknikal.

  • Mendaftarkan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bagi setiap satu (1) perserahan.

  • Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Kebenaran Pindahmilik / Gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja.

  • Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi setiap sijil.

  • Semua Kaunter Bayaran akan dibuka mengikut jadual yang telah ditetapkan di dalam waktu pejabat. Masa kutipan akan dilanjutkan sekiranya terdapat urusan yang mendesak dan di atas arahan Ketua Jabatan.

  • Menjalankan penguatkuasaan ke atas kegagalan pembayaran hasil pada tempoh yang ditetapkan.

  • Menjalankan lawatan dan siasatan ke atas tapak permohonan mengikut urusan yang diterima dan arahan Ketua Jabatan.

  • Menyelia dan menyelenggara carta permohonan tanah serta rekod-rekod data berkaitan setinggan, langar syarat dan pencerobohan tanah Kerajaan.

  • Menyediakan perkhidmatan penjualan pelan bagi setiap permohonan melalui sistem e-Tanah dalam tempoh satu (1) hari.

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

  • Setiap aduan berkaitan Pembangunan Fizikal dan Masyarakat yang diterima lengkap akan dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;

  • Projek dan perolehan bekalan akan ditawarkan kepada kontraktor / pembekal dalam masa enam puluh hari (60) hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa / waran peruntukan.

  • Menyelesaikan proses bayaran siap kerja dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas dokumen tuntutan diterima dengan lengkap;

  • Memastikan permohonan e-Kasih diproses dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima; dan

  • Memproses pembayaran elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH

  • Setiap aduan yang diterima lengkap akan dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

  • Kaunter bayaran bagi hasil daerah seperti RPA, lesen hiburan / eksais dan hasil air akan dibuka mengikut waktu pejabat.

  • Sumbangan Tabung Bencana akan diberikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas menerima laporan yang lengkap dari Penghulu Mukim.



splask client charter content

floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms