Perak Today : 6 Mei 2018 : MB Rasmi Ekspresi Prihatin ATM Negaraku - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Perak Today : 6 Mei 2018 : MB Rasmi Ekspresi Prihatin ATM Negaraku
PERAK TODAY : 6 MEI 2018 : MB RASMI EKSPRESI PRIHATIN ATM NEGARAKU
LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zamby Abd Kadir hari ini berkesempatan hadir menyempurnakan majlis Ekspresi Prihatin Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negaraku di Dewan Pulau Marina, dekat sini.
Ketika berucap merasmikan acara, Zambry berkata semua pihak harus menghargai segala jasa yang telah dicurahkan kesemua anggota keselamatan negara dalam memastikan kelangsungan keamanan tanah air.
Selain itu beliau berkata kerajaan juga merupakan sebuah entiti yang sentiasa menjaga kebajikan para anggota dan veteran ATM.
Acara persembahan kawad senyap oleh 30 anggota ATM menjadi gimik pembukaan majlis.
Terdahulu, ketibaan Menteri Besar dan calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang disambut dengan persembahan pancaragam.
Ia turut dihadiri hampir 1,000 orang kakitangan ATM dan ahli keluarga masing-masing.
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN