Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Perak Today : 15 Januari 2019 : Rabies : Veterinar, PBT Bekerjasama Kawal Anjing Liar

PERAK TODAY: 15 JANUARI 2019: RABIES: VETERINAR, PBT BEKERJASAMA KAWAL ANJING LIAR


 

       

 

IPOH:Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedang bekerjasama dengan pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengawal penularan jangkitan rabies atau anjing gila melalui anjing liar di sekitar kawasan Mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata tindakan segera perlu diambil pihak JPV dn PBT bagi memastikan anjing liar yang berkeliaran di kawasan umum tidak dijangkiti wabak tersebut.

“Saya telah menerima taklimat daripada Pengarah Veterinar,dan menandatangani penwartaaan wabak melibatkan Mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) semalam.

“Kita bimbang dengan keselamatan anak-anak yang bermain dikawasan padang permainan terdedah kepada bahaya diserang anjing gila jadi apa sedang dilakukan sekarang adalah kerjasama diantara JPV serta PBT bagi memastikan anjing liar yang berkeliaran tidak dijangkiti wabak Rabies,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Rumah Mesra milik yang diberi nama Naluri Perdana hari ini.

Beliau turut menyeru semua pemilik anjing supaya membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik berhampiran bagi mendapatkan suntikan untuk mengawal penularan wabak Rabies di lokasi wabak berkenaan dilaporkan.

“Kita perlu ambil tindakan sewajarnya dan saya menggesa orang awam yang memiliki anjing perliharaan untuk segera mengambil langkah proaktif mendapatkan suntikan vaksin anti rabies supaya bawak tidak merebak ke kawasan lain,” katanya.

Terdahulu Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam satu kenyataan semalam berkata pewartaan kawasan jangkitan rabies dilakukan pada 14 Januari lalu, membabitkan Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang setelah empat sampel diambil di kawasan itu mendapati ianya positif wabak berkenaan.

 



Footer ms