Perak Today : 10 Januari 2018 : Perak Bakal Ada Tiga Stadium Utama - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Perak Today : 10 Januari 2018 : Perak Bakal Ada Tiga Stadium Utama
PERAK TODAY : 10 JANUARI 2018 : PERAK BAKAL ADA TIGA STADIUM UTAMA
IPOH: Perak bakal mempunyai tiga buah stadium, sebagai vanue utama dalam menghadapi saingan Liga Super musim ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Nayan berkata Stadium Perak bakal mula digunakan pada Mac nanti, setelah mendapat kelulusan bagi pembinaan trek olahraga.
Selain itu, beliau berkata, Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut akan digunakan Skuad Perak, The Bos Gaurus (TBG) sebagai alternatif bagi menantikan kelulusan menggunakan Stadium Perak.
Katanya lagi, Stadium Manjung pula akan menjadi stadium alternatif jika Stadium TLDM tidak dapat digunakan.
Ujar beliau, proses penambahbaikkan stadium berkenaan akan dijangka siap pada hujung Februari ini.
Dalam pada itu, Abdul Puhat berkata, PAFA, dengan kerjasama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) akan menyediakan dua buah padang latihan di kawasan Chemor.
“Satunya akan menggunakan rumput biasa dan satu lagi (padang) akan mengunakan rumput sintetik,” katanya.
Tambah beliau, padang yang akan dibuka selewat-lewatnya April ini itu akan dilengkapi kemudahan pencahayaan bagi tujuan pengunaan pada waktu malam, serta mempunyai ruang penonton yang berkapasiti 1,000 orang.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, di Menara SSI, dekat sini, hari ini.
Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Jurulatih, Mehmet Durakovic
Pada perkembangan sama, Abdul Puhat berkata walaupun stadium mengalami penambahbaikkan dan dinaik taraf, namun, harga tiket perlawanan masih dikekalkan.
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN