Laluan Tutup Akibat Banjir - PDT Manjung
Top Header Manjung Content ms
Menu Manjung 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Breadcrumb
Laluan tutup akibat banjir
LALUAN TUTUP AKIBAT BANJIR
Laluan yang ditutup akibat banjir di Manjung. SUMBER: JKR Perak
LUMUT - Hampir 17 kilometer laluan dari Batu 3 Segari hingga Batu 10 Segari ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga 21 Disember depan akibat banjir di daerah Manjung.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, laluan tersebut ditutup berikutan terdapat beberapa kerosakan teruk dan hakisan akibat banjir yang berlaku sejak Rabu lalu.
Menurutnya, pengguna boleh menggunakan beberapa laluan alternatif termasuk jalan Simpang Batu Hampar-Beruas-Ayer Tawar atau menggunakan jalan Damar Laut-Panchor, Jalan Kampung Koh-Pantai Remis-Batu Hampar, Jalan Batu Hampar-Buluh Akar dan jalan Beruas-Ayer Tawar
“Saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan pengguna ketika berada di jalan raya,” katanya pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, sehingga jam 11 pagi semalam, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 932 orang berbanding 963 orang jam 7.20 pagi.
Lakaran penutupan jalan sehingga 21 Disember depan
Katanya, sebuah pusat penempatan sementara di dewan BNBBC, Segari telah ditutup jam 9.30 pagi selepas beberapa mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing apabila banjir mulai surut.
“Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu Pantai Remis menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 438 orang dari 100 keluarga diikuti Sekolah Agama Rakyat Tebuk Yan seramai 207 orang dari 52 keluarga.
“Pusat pemindahan di SK Datuk Ishak pula menempatkan 121 orang daripada 30 keluarga, SK Nakhoda Mohamad Taib, 96 orang (20 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Batu 8, Segari, 48 orang (lapan keluarga).
“Manakala pusat pemindahan SK Muhamad Saman, Pasir Panjang, Sitiawan telah dibuka 11 malam kelmarin dengan menempatkan 22 orang dari lima keluarga,” katanya.
Tambah Hanif, pihak polis akan menambah anggota bagi melakukan rondaan di semua kawasan banjir terlibat terutama kediaman mangsa.
Sinar Harian
Ismaniza Ahmad
2 Disember 2017
floating menu manjung content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN