Top Header Manjung Content ms

Menu Manjung 3rd Level Content ms

Breadcrumb

Kosmo Online : 1 Mac 2018 : 70,000 Penduduk Manjung Nikmati Bas Percuma Selama Sebulan

KOSMO ONLINE : 1 MAC 2018 : 70,000 PENDUDUK MANJUNG NIKMATI BAS PERCUMA SELAMA SEBULAN


       

SERI MANJUNG – Kira-kira 70,000 penduduk yang tinggal di dalam daerah Manjung di sini bakal menikmati manfaat selepas perkhidmatan bas Rapid Manjung dijalankan secara percuma selama sebulan bermula hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, perkhidmatan yang ditawarkan itu adalah untuk memudahkan jaringan perhubungan masyarakat khususnya bagi kawasan Seri Manjung.

"Pendekatan tersebut dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri perkhidmatan yang diberikan, sebelum ia dikenakan bayaran awal April depan.

"Kadar bayaran tambang yang dikenakan kelak juga tidak akan membebankan penduduk," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat di Pejabat Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Menurut Fariz, perkhidmatan bas Rapid Manjung itu disediakan pihak Berkuasa Pelaksanaan Wilayah Koridor Utara (NCIA).

Katanya, waktu operasi bas ini bermula pada pukul 6 pagi hingga 10.00 malam setiap hari dengan kekerapan laluan 45 minit manakala jumlah bas yang disediakan pula sebanyak 10 unit.

       

“Perkhidmatan ini tertumpu di kawasan bandar melibatkan dua laluan iaitu laluan Seri Manjung ke Pangkalan TLDM dan Laluan Dalam Bandar atau “Manjung City Loop” secara serentak dua hala.

"Perkhidmatan bas percuma ini juga akan melalui laluan utama merangkumi kawasan yang penting seperti hospital, sekolah, pusat pengajian, terminal jeti, masjid dan pusat beli-belah,” katanya. - K! ONLINE



floating menu manjung content v1 ms

 

Footer ms