Top Header Kampar Content ms

p

Tel: 05 465 1963
Faks: 05 466 4307

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR

Menu Kampar 3rd Level Content ms

Breadcrumb

splask faq content

SoalanLazimKampar Content ms

SOALAN LAZIM


 

 

Sebarang pertanyaan atau aduan awam mengenai Pentadbiran Tanah mohon diajukan melalui
Sistem Aduan Awam (e-Aduan) atau hubungi kami di talian 05 - 465 1963

 

Sebarang maklumbalas atau komen yang berkaitan dengan ketidakfungsian PORTAL RASMI atau isi-isu lain
yang berkaitan dengan agensi mohon diajukan di Maklumbalas/Komen atau emel kepada
pdtkampar[at]perak.gov.my

 

Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 05-465 1963
Fax: 05-466 4307

Pengurusan Tanah

Jawapan: Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

Jawapan: Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Jawapan: Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

Jawapan: Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini.

Jawapan: Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.

Jawapan: Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25% .

Jawapan: Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Hasil Tanah di mana-mana Pejabat Daerah & Tanah Negeri Perak dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

Jawapan: Sebarang penukaran alamat hendaklah dibuat di atas geran sahaja. Pemilik tanah berdaftar hendaklah mengisi Borang 26A Perubahan Alamat dan menghubungi Bahagian Pendaftaran Hakmilik Pejabat Tanah & Galian atau Pejabat Daerah & Tanah dimana hartanah pemilik berada untuk urusan tersebut.

Jawapan: Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

Jawapan: Bil Hasil Tanah boleh dibayar di mana-mana kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Perak, UTC Ipoh dan di semua Pejabat Pos seluruh Perak (tunai sahaja). Bil Hasil Tanah juga boleh dibayar secara perbankan internet melalui bank-bank terpilih (sila rujuk Bil untuk maklumat bank)

 

 

 

 

 

 

 



floating menu kampar content v1 ms

 

Footer ms