Top Header Kampar Content ms

p

Tel: 05 465 1963
Faks: 05 466 4307

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR

Menu Kampar 3rd Level Content ms

splask client charter content

piagam pelanggan kampar content ms

PIAGAM PELANGGAN


 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR

Kami bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan dengan cemerlang dan adil serta penuh kemesraan dalam semangat muhibbah berpandukan prinsip pelanggan sentiasa diutamakan.

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memberi jawapan dalam masa 14 hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai

  • Menyediakan dan memproses baucar bayaran kepada pembekal/kontraktor dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh tuntutan yang telah lengkap diterima.

  • Menyelesaikan permohonan semua lesen hiburan awam, pusat hiburan keluarga dan eksais di dalam tempoh 4 minggu.

  • Menyediakan dokumen perkhidmatan dan pengesahan perjawatan di mana semua dokumen yang lengkap akan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Perak di dalam tempoh 7 hari bekerja setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) secara berkala setiap bulan.

  • Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan oleh PLB dengan lengkap, tepat dan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

  • Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Daerah (FGD) setiap bulan.

  • Menyelaras projek-projek pembangunan daerah pada setiap tahun.

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas menimbang dan menyetujui terima sebuthara daerah setiap bulan (mengikut keperluan) atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.

  • Menyediakan perincian kerja dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas lawatan tapak. 

  • Mengesahkan projek siap dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tuntutan lengkap diterima.

  • Menyediakan baucar bayaran peruntukan (perkhidmatan pembekal / kontraktor) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.

  • Memberi jawapan dalam masa 14 hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH ( UNIT HASIL DAN PENDAFTARAN)

  • Memastikan bil – bil cukai tanah dihantar kepada pemilik tanah sebelum 1 Januari setiap tahun.

  • Mendaftarkan hakmilik sementara

  • Mendaftarkan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 24 jam bagi setiap satu perserahan

  • Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh 1 hari bekerja bagi setiap satu sijil.

  • Memproses permohonan Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik / gadaian dalam tempoh 14 hari.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH ( UNIT PELUPUSAN DAN PEMBANGUNAN TANAH )

  • Memproses permohonan pemberimilikan tanah kerajaan dalam tempoh 12 bulan.

  • Memproses permohonan lanjut tempoh pajakan dalam tempoh 9 bulan.

  • Memproses permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dalam tempoh 9 bulan.

  • Memproses permohonan permit bahan batuan dalam tempoh 1 bulan

  • Memproses permohonan perizaban tanah kerajaan dalam tempoh 12 bulan

  • Memproses permohonan skim perumahan/industri di atas tanah  kerajaan dalam tempoh 12 bulan.

 
 

 

 

 



floating menu kampar content v1 ms

 

Footer ms