Bahagian Pembangunan Daerah - PDT Kampar
Top Header Kampar Content ms
Menu Kampar 3rd Level Content ms
Breadcrumb
Bahagian Pembangunan Daerah MS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
Bahagian Pembangunan Daerah adalah untuk menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar sebagai sebuah institusi utama bagi menggerak dan menyelaras projek-projek pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan dasar-dasar semasa.
3.1 PEMBANGUNAN FIZIKAL
- Mengumpul dan menyemak cadangan projek-projek yang dikemukakan oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penghulu Mukim untuk dipastikan keperluan serta dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri untuk kelulusan.
- Menyelia projek-projek pembangunan, menyediakan perincian kerja, anggaran, lawatan tapak bagi menentukan kawasan tapak projek dan menyediakan tawaran kerja sebutharga serta mengawasi kerja pembinaan.
- Menyediakan draf cadangan tahunan projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Program Bantuan Rumah untuk pembangunan mukim.
- Mengambil tindakan surat aduan yang diterima (menyiasat dan menyediakan laporan).
- Kerja-kerja mengadakan lawatan tapak kerja sebutharga dan menentukan tapak kerja dan kerja yang diperlu dilaksanakan oleh kontraktor.
- Kerja-kerja mengesahkan pelaksanaan projek siap dilaksanakan.
3.2 PEMBANGUNAN MASYARAKAT
- Menyediakan draf cadangan tahunan projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Program Bantuan Rumah untuk pembangunan mukim.
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Kampar (JKTD) secara berkala setiap bulan.
- Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan melalui Mesyuarat Focus Group Daerah setiap bulan.
- Mengadakan projek-projek berbentuk ekonomi untuk penduduk luar bandar.
- Mengadakan rancangan-rancangan kemajuan yang boleh memberi faedah kepada penduduk luar bandar.
- Menggerak dan menghubung diantara penduduk luar bandar dengan Pegawai Kerajaan supaya lebih cergas dan produktif dalam usaha-usaha pembangunan masyarakat.
- Meningkatkang taraf kehidupan penduduk luar bandar.
- Mengadakan projek-projek berbentuk ekonomi untuk penduduk luar
- Mengadakan rancangan-rancangan kemajuan yang boleh memberi faedah kepada penduduk luar bandar.
- Menggerak dan menghubung diantara penduduk luar bandar dengan Pegawai Kerajaan supaya lebih cergas dan produktif dalam usaha-usaha pembangunan masyarakat.
floating menu kampar content v1 ms
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
PAUTAN PANTAS