Pentadbiran Tanah - PDT Ipoh
![]() |
Tel: 05 527 5875 / 5811 Faks: 05 527 5706 |
![]() |
pdtipoh[at]perak.gov.my |
HOME
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, IPOH
PENTADBIRAN TANAH
FUNGSI PEJABAT TANAH
Memungut hasil tanah.
Merancang pemberian milik tanah kerajaan.
Mengurus pendaftaran urusniaga.
Mengurus permohonan pengambilan balik tanah, tukar syarat, pecah bahagian/sempadan, kebenaran pindahmilik dan gadaian oleh Y.A.B Menteri Besar Perak serta Perintah Lelong.
Mengawal pelanggaran syarat ke atas tanah-tanah milik.
Mengawal penerokaan haram ke atas tanah kerajaan.
Menguruskan permohonan penyelesaian Harta Pusaka Kecil
Menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang tanah bagi menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan.
Menentukan pengurusan tanah di seluruh Daerah Kecil Ipoh dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan sistematik.
UNIT PELUPUSAN TANAH
Memproses permohonan pemberian milik tanah, perizaban dan Lesen Menduduki Sementara ( TOL ).
Memproses permohonan melombong.
UNIT TEKNIKAL
Menyediakan laporan tanah bagi semua jenis permohonan.
Mengambil tindakan ke atas : Pendudukan secara tidak sah ke atas tanah kerajaan, rezab dan tanah lombong. Pengeluaran dan pengalihan bahan-bahan batu secara tidak sah. Pelanggaran Syarat tanah bermilik.
UNIT PENDAFTARAN
Mengeluarkan Suratan Hakmilik Sementara / Kekal / Sambungan / Ganti.
Mengeluarkan Carian Rasmi / Carian Persendirian.
Pendaftaran Pindahmilik/ Pesaka / Gadaian / Melepasan Gadaian / Pajakan / Melepaskan Pajakan.
Permohonan Kebenaran Pindahmilik Tanah / Mengadai.
Permohonan memasukan Kaveat.
UNIT BICARAKUASA
Memproses permohonan bicarakuasa.
Memproses Permohonan Perintah Jual / Lelong.
UNIT HASIL
Mengutip bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran.
Meningkatkan kutipan cukai tanah dan mengurangkan tunggakan cukai tanah.
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
Memproses permohonan Permit Bahan Batu.
Memproses permohonan Tukar Syarat.
Memproses permohonan Pecah Bahagian, Pecah Sempadan.
Memproses permohonan Pengambilan Tanah.
UNIT PELUKIS PELAN
Mencatat Laporan Awal untuk semua permohonan Tanah, Permit dan Galian.
Menyediakan laporan pelukis pelan, membuat 'carting' dan merekod ke dalam Buku Carta untuk semua permohonan tanah, permit dan galian.
Menguruskan permohonan melihat, membeli dan mendapatkan pelan tanah.
Menyediakan pelan untuk ulasan / rujukan jabatan teknikal, pelan kertas mesyuarat JKTD / MMK, pelan PU & HSM, DHDK / DHKK, perin mencarta dan lain-lain pelan yang berkaitan urusan Pejabat Tanah.
Mengawasi dan mengemaskini pelan litho, pelan topo dan lain- lain pelan.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
PAUTAN PANTAS