DKICT - PDT Gerik
Top Header Gerik Content ms
![]() |
Tel: 05 791 1963 Faks: 05 792 1049 |
![]() |
pdtgerik[at]perak.gov.my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU PERAK
Menu Gerik 3rd Level Content ms
MENU UTAMA
- UTAMA
- PROFIL ORGANISASI
- WARGA JABATAN
- WARGA AWAM
- HUBUNGI KAMI
- INFORMASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
Dasar Keselamatan ICT PDT Hulu Perak
DASAR KESELAMATAN ICT
PENGENALAN
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) yang digunapakai di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak ialah Dasar Keselamatan ICT (DKICT) yang disediakan oleh SUK Perak, DKICT ini mengandungi peraturan- peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
DKICT ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT bagi Pejabat SUK Perak.
OBJEKTIF
Dasar Keselamatan ICT SUK Perak diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan Pejabat SUK Perak dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.
Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi bahagian masing-masing. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi.
Manakala, objektif utama Keselamatan ICT SUK Perak ialah seperti berikut:
- Memastikan kelancaran operasi bahagian-bahagian serta meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;
- Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan
- Mencegah salah guna atau kehilangan aset ICT Kerajaan.