Soalan Lazim - PDT Batu Gajah
![]() |
Tel: 05 366 1963 Faks: 05 366 5770 |
![]() |
pdtkinta[at]perak[dot]gov[dot]my |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, BATU GAJAH
SOALAN LAZIM
Sebarang Pertanyaan Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan atau aduan awam mengenai Pentadbiran Tanah mohon di ajukan melalui
Sistem Aduan Awam (e-Aduan) atau hubungi kami di talian 05 - 366 1963
Sebarang maklumbalas atau komen yang berkaitan dengan ketidakfungsian PORTAL RASMI atau isi-isu lain
yang berkaitan dengan agensi mohon di ajukan di Maklumbalas/Komen atau emel kepada
pdtkinta[at]perak.gov.my
Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 05-366 1963
Fax: 05-366 5770
Pengurusan Tanah
Jawapan: Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.
Jawapan: Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Jawapan: Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.
Jawapan: Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.
Pembangunan Tanah
Jawapan: Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini.
Pusaka Kecil
Jawapan: Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.
Pengambilan Tanah
Jawapan: Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25% .
Bahagian Pembangunan Luar Bandar
Jawapan: Tidak boleh. Kontraktor tersebut hendaklah mendaftar sebagai Kontraktor Daerah Kinta terlebih dahulu sebelum dibenarkan membeli sebutharga.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN