Top Header Batu Gajah Content ms

p

Tel: 05 366 1963
Faks: 05 366 5770

e
HOME

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA, BATU GAJAH

Menu Batu Gajah 3rd Level Content ms

Arkib Polisi Content

ARKIB POLISI


Piagam Pelanggan

Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta berjanji akan:
"Mengemukakan keputusan permohonan dan cadangan-cadangan projek dalam masa 3 bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap."

  • Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.
  • Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan terutama jawatan kuasa Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan lengkap, tepat, dan diedarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Merancang dan mengemukakan permohonan peruntukan/cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya.
  • Melaksana, mengawasi dan menyiapkan projek-projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
  • Menyediakan baucar bayaran peruntukan (perkhidmatan pembekal/kontrak) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
  • Mengadakan mesyuarat jawatan kuasa khas menimbang dan menyetujui terima sebut harga daerah setiap bulan atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima surat perakuan.
  • Memberi jawapan dalam masa 14 hari keatas setiap aduan yang dikemukakan orang ramai.

Pejabat Tanah

  1. Mendaftar dengan segera semua permohonan tanah.
  2. Mendaftarkan hakmilik sementara bagi rancangan tanah berkelompok dan perkampungan tersusun dalam tempoh satu hari jika urusan tersebut dibuat secara operasi "One Stop Center".
  3. Mendaftarkan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 24jam bagi setiap perserahan.
  4. Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh 2 hari bekerja bagi setiap satu sijil.
  5. Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1 januari setiap tahun.
  6. Menyelesaikan permohonan permit bahan batu dalam tempoh 7 hari setelah menerima laporan jabatan teknikal.
  7. Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.
  8. Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik/gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Perak dalam tempoh 14 hari.
  9. Setiap aduan akan dikeluarkan akuan terima dalam tempoh 1 hari bekerja dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.

 



floating menu batu gajah content v1 ms

 

Footer ms