Top Header Tapah Content en

p

Tel: 05 4011 963 Fax: 05 4013 588

e
HOME

BATANG PADANG DISTRICT AND LAND OFFICE

Menu Tapah Content

Breadcrumb

Jerebu kuning tidak wujud

JEREBU KUNING TIDAK WUJUD


 

       

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini menafikan kewujudan fenomena 'jerebu kuning' seperti yang tersebar di media sosial. Dalam kenyataan di sini hari ini, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan. "Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam). "Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning," menurut JAS dalam kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.

JAS menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama -- habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa. - Bernama

       



floating menu tapah content v1 en

 

Footer en