Client's Charter - PDT Seri Iskandar
![]() |
Tel: 05 371 2095 Fax: 05 371 2080 |
![]() |
pdtseriiskandar[at]perak.gov.my |
HOME
PERAK TENGAH DISTRICT AND LAND OFFICE
CLIENT'S CHARTER
Bahagian Pengurusan Daerah
-
- Mengeluarkan akuan penerimaan aduan dalam tempoh satu (1) hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja ke atas aduan yang diterima.
- Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen menjual minuman yang memabukkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
- Memproses permohonan dan mengeluarkan lesen hiburan awam dalam tempoh satu (1) bulan selepas segala maklumat mengenainya lengkap.
- Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual masa waktu pejabat dan masa kutipan akan dilanjutkan sekiranya keadaan memerlukan.
- Menyediakan baucar bayaran pembelian dalam masa lima (5) hari bekerja.
-
Bahagian Pengurusan Tanah
-
- Memastikan setiap pemohon tanah individu melalui proses kerja dalam kawalan Pentadbiran Tanah bagi tempoh tidak melebihi 180 hari bekerja.
- Memastikan kebenaran gadaian dan pindah milik diberi perakuan/kelulusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Memastikan semua instrumen urusniaga dan bukan urusniaga (kaveat persendirian) yang didapati lengkap,sempurna dan teratur didaftarkan dalam tempoh lapan (8) jam waktu bekerja.
- Mengeluarkan bil-bil cukai tanah pada atau sebelum 31 Januari kepada pemilik- pemilik tanah yang mana nama dan alamat mereka didapati lengkap.
- Memastikan pemantauan secara berkala melalui rondaan dan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN dan 426 KTN ke atas aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram tanah kerajaan.
- Memastikan permohonan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat dibawah Kuasa Pentadbir Tanah diproses dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
-
Bahagian Pembangunan Daerah
-
- Memastikan permohonan projek diproses dalam tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan dalam tempoh dua (2) bulan selepas waran peruntukan/arahan pelaksanaan kerja diterima.
- Melaksanakan pembayaran kepada kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh enam (6) hari selepas tuntutan lengkap diterima.
- Memastikan permohonan e-Kasih diproses dalam tempoh satu ( 1 ) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Mengemaskini senarai e-Kasih pada setiap bulan.
- Menyediakan dokumen pembayaran elaun Pengerusi JKKK/MPKK mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
-
-