District Officer Message - PDT Muallim
DISTRICT OFFICER MESSAGE
MOHAMAD FITRI BIN HASSAN
|
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
|
Selain itu juga, melalui pengwujudan daerah ini diharap sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di peringkat daerah akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Semua jabatan di daerah perlu berganding bahu dalam memastikan aspirasi Kerajaan dapat direalisasikan dan memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.Pentadbiran Daerah komited untuk menjayakan semua perancangan pembangunan dan mengorak langkah ke hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kami dan warga perkhidmatan awam di Daerah Muallim adalah pelaksana dan penghubung dalam menterjemahkan visi kerajaan di peringkat dasar dan akar umbi kepada projek dan program di peringkat daerah untuk manfaat rakyat.Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran semua pengguna untuk melayari laman web ini. Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laman web ini memberi manfaat berkesan bagi mereka yang melayari laman web ini.Sekian, terima kasih. |
|
MOHAMAD FITRI BIN HASSAN.Pegawai Daerah Muallim,
|
SERVICES