Utusan Malaysia : 20 Mei 2019 : Tangan kanan pelajar hancur akibat mercun - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Utusan Malaysia : 20 Mei 2019 : Tangan kanan pelajar hancur akibat mercun
UTUSAN MALAYSIA: 20 MEI 2019: TANGAN KANAN PELAJAR HANCUR AKIBAT MERCUN
SYAFIQ HAIKAL SHAHARRUDIN mangsa yang putus kesemua jari tangan kanannya akibat bermain mercun sedang dirawat di Hospital Besut petang ini. - UTUSAN ONLINE
BESUT 20 Mei - Gara-gara bermain mercun, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di daerah ini, Syafiq Haikal Shaharrudin putus kesemua jari tangannya dalam kejadian di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat sini petang tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu disedari ibu mangsa, Zainab Mohd., 40, yang terdengar bunyi letupan diringi jeritan dari luar rumah.
Tidak lama selepas itu muncul sepupunya lantas memberitahu bahawa anaknya yang berusia 13 tahun cedera parah akibat bermain mercun.
Ibu mangsa kemudian bergegas keluar rumah sebelum mendapati anaknya itu mengalami kecederaan parah dengan kesemua jari tangan kanannya putus dan berkecai.
Tanpa berlengah, ibu mangsa terus membawa anaknya itu ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu. - UTUSAN ONLINE