Ugutan Jadi Kenyataan - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Ugutan Jadi Kenyataan
UGUTAN JADI KENYATAAN
Polis menjalankan siasatan di lokasi mangsa ditemui mati.
BOTA - Seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga ditemui mati dalam keadaan tergantung di hadapan sebuah rumah di Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, kelmarin. Lelaki berusia 40 tahun itu sebelum ini dikatakan kerap mengugut isterinya untuk mencederakan diri, namun berjaya dihalang ahli keluarga.
Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu disedari penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ketika kejadian, anak dan isteri mangsa dikatakan tiada di rumah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Ahmad Fauzi Saad berkata, polis menerima panggilan sekitar jam 4.38 petang daripada seorang lelaki memaklumkan menjumpai mangsa dalam keadaan leher terjerut.
Menurutnya, siasatan awal ke atas mangsa mendapati, tiada kesan kecederaan seperti calar atau luka.
“Tiada unsur jenayah ditemui dan berdasarkan rekod, mangsa ada enam kali cubaan mencederakan diri, namun berjaya dihalang ahli keluarga.
"Polis juga dimaklumkan mangsa juga dalam proses untuk bercerai,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut.
Sinar Harian
Wartawan Sinar Harian
5 Dis 2017