Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Sinar Online : 3 Januari 2018 : Jangan Sewenang-Wenangnya Guna 'Direct Translation'

SINAR ONLINE : 3 JANUARI 2018 : JANGAN SEWENANG-WENANGNYA GUNA 'DIRECT TRANSLATION'


       

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi ingatan agar sebarang notis atau pengumuman terutama jika dibuat dalam bahasa Inggeris tidak sewajarnya diterjemah secara langsung atau menggunakan kemudahan enjin terjemahan di Internet.

Beliau berkata, sebarang notis atau pengumuman perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu bagi mengelak kesilapan, terutamanya bagi tujuan penggunaan di peringkat antarabangsa.

“Jangan memandai-mandai 'direct translation' atau 'google translation'," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kubu perlindungan bawah tanah perang dunia kedua binaan tentera British dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Sdn Berhad (LTSAS) di sini, hari ini.

Zambry mengulas insiden notis berbahasa Inggeris di pintu masuk Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini minggu lalu yang tular kerana mengandungi banyak kesilapan.

​​Notis tersebut memberitahu orang ramai kawasan itu ditutup pada 30 dan 31 Disember lalu berikutan masalah talian Internet dan penyaman udara, namun hampir kesemua ayat menggunakan tatabahasa bahasa Inggeris yang kurang tepat.

Menjelas lanjut, Zambry berkata, kesalahan penulisan notis tersebut perlu dijadikan pengajaran kepada semua kakitangan kerajaan khusunya di negeri itu seterusnya mengelakkan ia daripada berulang.

Beliau berkata, walaupun kesalahan itu dianggap kecil, namun ia bukan sahaja menjadi bahan jenaka malah mencerminkan ketidakseriusan dalam membuat arahan rasmi.

"Kepada semua pihak peristiwa ini menjadi ingatan sama ada pihak atasan atau bawahan, bahawa urusan rasmi kerajaan pengumuman adalah dalam bahasa Malaysia,” tegas beliau. - Bernama
 



floating menu manjung content v1 en

 

Footer en