Sinar Harian : 5 Mei 2018 : 11,223 Anggota TLDM Lumut Dan Pasangan Laksana Undi Awal - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Sinar Harian : 5 Mei 2018 : 11,223 Anggota TLDM Lumut Dan Pasangan Laksana Undi Awal
SINAR HARIAN : 5 MEI 2018 : 11,223 ANGGOTA TLDM LUMUT DAN PASANGAN LAKSANA UNDI AWAL
Proses Pengundian awal warga Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) berjalan lancar di dua pusat mengundi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan TLDM dan Sekolah Kebangsaan TLDM Lumut.
Warga TLDM membanjiri kawasan sekolah seawal jam 8 pagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan melakukan pengundian.
Pengundian awal melibatkan 11,223 warga TLDM termasuk pasangan masing-masing bagi kawasan Dun Pangkor.
Warga Pangkalan TLDM Lumut adalah paling ramai yang terlibat dalam proses pengundian awal di Perak.
Proses pengundian awal di Parlimen Lumut melibatkan seramai 11,900 meliputi anggota TLDM, anggota polis dan anggota Polis Marin.
Beberapa anggota polis tentera laut (Protela) bertugas menjaga setiap saluran bagi tujuan keselamatan.