Sinar Harian : 5 Mac 2018 : Ayam Murah Paling Laris - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Sinar Harian : 5 Mac 2018 : Ayam Murah Paling Laris
SINAR HARIAN : 5 MAC 2018 : AYAM MURAH PALING LARIS
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ayam dengan harga lebih murah.
SERI MANJUNG - Sebanyak 1,000 ayam habis dijual dalam tempoh beberapa jam selepas jualan sempena Program Jimat Belanja Dapur di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Manjung dimulakan lebih kurang jam 7 pagi semalam. Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perak, Basri Jasmo berkata, harga jualan ayam ditawarkan adalah lebih rendah berbanding harga pasaran menyebabkannya menjadi rebutan ramai.
Menurutnya, ayam dijual dengan harga RM7.50 sekilogram selain beberapa barangan keperluan lain turut ditawarkan dengan harga lebih murah.
“Hari ini jualan paling laris adalah ayam dan kita sediakan sebanyak 1,000 ayam di mana ia habis dalam waktu singkat.
“Selain ayam, kita juga turut menawarkan lebih kurang 26 barangan lain seperti ikan, kubis, bawang, kicap, gula dan minyak masak pada harga yang menjimatkan antara lima hingga 20 peratus daripada harga pasaran.
“Selain itu, bawang dan kubis juga antara yang terlaris dan ini adalah program yang dapat membantu orang ramai membeli barangan keperluan tanpa rasa terbeban,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran program itu.
Dalam perkembangan lain, Basri memaklumkan Fama Perak menyasarkan jualan di pasar tani sebanyak RM35 juta pada tahun ini berbanding RM32 juta, tahun lalu.
“Ini juga selaras dengan penambahan tujuh lagi pasar tani baru yang akan dibuka dan sudah dibuka di beberapa lokasi di seluruh Perak,” katanya.